fbpx

Maya Karin dah tiga tahun tak jumpa keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA KARIN

SEDIH pula bila baru-baru ini Diva ada terbaca status luahan hati pelakon cantik Maya Karin yang melahirkan kerinduan pada ahli keluarganya.

Kata Maya, sudah tiga tahun dia tidak berjumpa dengan bapa, adik lelaki dan adik perempuannya yang difahamkan kini berada di London.

Diva faham sangat apa yang sedang dirasai Maya. Rindu yang tertanggung adalah satu perasaan cukup berat untuk dihadap. Rindu kepada keluarga lebih teruk daripada rasa rindu perasaan pasangan yang sedang hangat bercinta tau! Baru beberapa bulan tak jenguk keluarga di kampung pun dah rasa rindu, inikan pula tiga tahun kan.

Tapi apakan daya, sejak penularan pandemik Covid-19, semua orang tidak dibenarkan untuk bergerak bebas seperti dahulu kan. Jangankan kata nak ke luar negara, mahu merentas negeri pun buat masa ini tidak dibenarkan lagi.

Diva pun rindu kehidupan yang dulu. Bebas ke mana sahaja tanpa ada sekatan dan peraturan. Alahai, remuk redam juga hati ini bila fikirkan sampai bila ya nak tunggu kebenaran rentas negeri dibenarkan. Sabarlah Maya.

Apa-apa pun, marilah kita semua sama-sama berdoa supaya wabak ini segera berakhir dan kehidupan semua orang kembali normal seperti sedia kala.

DIVA: Tahniah kepada penyanyi Khai Bahar yang baru saja muncul dengan sebuah album baharu berjudul Damba. Sedap semuanya lagu dalam album dia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI