fbpx

KPDNHEP keluar 40 notis harga ayam mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman meneliti daging ayam semasa meninjau di sebuah pasar raya di George Town hari ini. Foto MUHAMMAD FIRDAUS AMRAN

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan sebanyak 40 notis berhubung isu kenaikan harga ayam di seluruh negara sehingga semalam.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas berhubung isu berkenaan selepas menerima rungutan pengguna.

Katanya, jawatankuasa itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut dalam mendapatkan maklumat kenaikan harga sekali gus mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.

“Setakat semalam, 15 aduan diterima mengenai kenaikan harga ayam.

“Sebanyak 40 notis turut dikeluarkan sejak Selasa iaitu 16 notis kepada pengeluar dan 24 notis kepada pemborong,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan tinjauan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui notis itu, pihaknya akan mendapat maklumat yang perlu sebelum membuat keputusan sama pengeluar dan pemborong melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Terdahulu, akhbar melaporkan harga ayam di seluruh negara meningkat sehingga mencecah RM10.50 dan dijangka meningkat sehingga RM12 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI