fbpx

Keluarga ‘rider’ OKU mohon saksi tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Hamid menunjukkan motosikal abangnya yang terbabit kemalangan di persimpangan lampu isyarat Tesco Puchong, 7 April lalu.

REMBAU – Keluarga ‘rider’ orang kelainan upaya (OKU) yang maut selepas seminggu bertarung nyawa setelah terbabit dalam kemalangan di simpang lampu isyarat Tesco Puchong, Selangor pada 7 April lalu memohon saksi kemalangan tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, mangsa, Jamaludin Amir, 36, yang ketika itu dalam perjalanan menghantar pesanan dikejarkan ke hospital selepas cedera parah akibat dirempuh sebuah motosikal lain yang dipercayai melanggar isyarat merah.

Mangsa disahkan meninggal dunia pukul 12 tengah malam, Khamis lalu.

Menurut adik mangsa, Abd. Hamid, 35, abangnya itu seorang OKU pendengaran dan pertuturan.

“Ketika kejadian, abang meneruskan perjalanan apabila lampu bertukar hijau tanpa menyedari motosikal dari arah lain yang masih meneruskan perjalanan walaupun lampu isyarat bertukar merah. Abang yang cedera parah kemudian dibawa ke hospital.

“Kami mohon bantuan saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dan berharap agar ada keadilan ke atas kejadian yang menimpa abang saya ini,” katanya ketika ditemui di Taman Kota Indah di sini kelmarin.

Hamid berkata, penunggang motosikal yang menghilangkan diri selepas melanggar arwah langsung tidak bertemu keluarga untuk meminta maaf.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Abd. Hamid di talian 010-303 6638.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI