fbpx

Bekas pemain bola Kelantan jual daging arnab perap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD RAMZUL (kanan) dan isterinya mengadunkan perapan daging arnab perap sebelum dijual kepada pelanggan.

TUMPAT – Pembatalan bazar Ramadan di seluruh Kelantan tidak mematahkan semangat bekas pemain bola sepak Kelantan untuk menjual daging arnab pe­rap ala Thai secara dalam talian pada tahun ini.

Tahun-tahun sebelum ini, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, 34, dan isteri, Norazlin Faiza Mohd. Rani, 27, menjadikan bazar Ramadan untuk menjual hidangan istimewa tersebut.

Dia yang kini mengusahakan ternakan arnab sejak meninggalkan arena bola sepak empat tahun lalu mahu mempromosikan resipi air tangan keluarga ang­katnya pada tahun ini.

Menurut bekas penyerang The Red Warriors, sejak bulan Ramadan, dia menyediakan kira-kira 1,000 kilogram daging arnab yang diperap sendiri dengan bantuan isteri.

Katanya, mengikut perancangan asal, dia sepatutnya menjual daging arnab perap itu di bazar Ramadan Tumpat dan di tepi jalan di Pasir Pekan di sini, namun terpaksa menukar strategi perniagaan secara online di saat-saat akhir.

“Saya menjual daging arnab perap sejak tahun lalu. Saya melihat permintaan terhadap daging ini tinggi ketika Ramadan termasuk dari luar Kelantan.

“Daging arnab perap ini dijual pada harga RM35 untuk setiap pek seberat 500 gram,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Menurut Muhammad Ramzul, proses memerap daging arnab jantan itu akan dilakukan dalam masa 24 jam sebelum disejuk beku untuk dijual kepada orang ramai.

Katanya, pelanggan akan datang ke rumahnya di Pasir Pekan selain membuat penghantaran sendiri dengan mengenakan caj tertentu bergantung kepada lokasi.

Dia yang bersara daripada sukan bola sepak akibat kece­deraan ligamen lutut turut bercadang untuk melantik ejen menjual daging arnab perapnya itu di seluruh negara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI