fbpx

98 pelajar, dua guru sekolah tahfiz positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan tentera mengawal ketat di pintu masuk Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang, Tumpat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang bermula kelmarin.-Foto ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Seramai 100 daripada 322 warga Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang di sini dikesan positif Covid-19 setakat hari ini.

Ketua Warden sekolah, Muhammad Shakir Ridzuan Md. Radzi, berkata, jumlah itu melibatkan seramai 98 orang pelajar dan dua orang guru.

Katanya, semua yang dijangkiti telah menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini sejak semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 43 orang pelajar dirawat di Kolej Kejururawatan Kota Bharu, Hospital Pasir Mas (31 orang), Dewan Jubli Perak (17 orang), Pusat Latihan Hospital Tumpat (3 orang), Hospital Pasir Puteh (2 orang), Hospital Tumpat (seorang).

“Dua orang guru lelaki dan wanita pula di tempatkan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa dan di rumahnya sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, peringkat awal jangkitan di sekolah iru dipercayai berlaku daripada kontak rapat seorang pelajar selepas kembali ke asrama selepas cuti persekolahan baru- baru ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI