fbpx

40 keluarga dikuarantin di Jengka 7 selepas seorang positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Seri Ismail Abd. Muttalib (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan barangan keperluan untuk penduduk yang dikuarantin kepada Ahmad Zubir (tiga dari kanan) di sini, hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN – Seramai 40 keluarga dari Felda Kenanga Jengka 7 di sini dikuarantin selama 10 hari mulai semalam kerana didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang individu yang disahkan positif Covid-19.

Ketua Kampung Felda Kenanga Jengka 7, Ahmad Zubir Abdul Rahim berkata, individu positif Covid-19 berkenaan dikenalpasti hadir ke Masjid Felda Jengka 7 dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung di tanah rancangan berkenaan.

“Mereka terbabit (yang mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19) telah menjalani saringan Covid-19 semalam dan terus diarah menjalani kuarantin.

“Penduduk terbabit akur dikuarantin walaupun sedang menjalani ibadah berpuasa dan tidak dapat keluar rumah dan ke masjid dalam tempoh kuarantin,”katanya selepas penyampaian barangan keperluan oleh Pejabat Parlimen Maran di sini, hari ini.

Menurutnya setiap individu yang dianggarkan berjumlah 200 orang itu telah dipakaikan gelang merah dan perlu akur dengan prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI