fbpx

158 dikompaun ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 158 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 131 individu dikenakan kompaun manakala 27 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah, tiada penjarakan fizikal (49); gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (31), tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti pusat hiburan (7) dan lain-lain (54),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, Ops Benteng semalam telah merampas lapan buah kenderaan darat serta mengusir 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui dua aktiviti pengusiran.

“Sebanyak 97 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Ops Benteng melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 270 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam,” ujarnya.

Ismail turut memaklumkan, seramai 820 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 177,574 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 77 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,551 individu telah dikuarantin dan 168,564 orang dibenarkan pulang manakala 1,459 lagi dibawa ke hospital,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI