fbpx

The Red Devils tepati ramalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI berjaya meledak satu gol buat United menewaskan Granada awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United, Bruno Fernandes yakin pasukannya berada dalam prestasi terbaik untuk menjuarai trofi Liga Europa sekali gus menamatkan penantian kejuaraan di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer.

The Red De­vils berjaya me­langkah ke separuh akhir Liga Europa selepas menewaskan Granada 2-0 pada suku akhir ke­dua di Stadium Old Trafford sekali gus merekodkan kemena­ngan 4-0 secara agregat.

Kata Fernandes, kemena­ngan itu menyuntik semangat dalam memburu trofi musim ini memandangkan harapan untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kian pudar.

“Ini adalah kemenangan yang positif buat pasukan kerana peluang menjulang trofi semakin cerah selepas layak ke separuh akhir. Bagaimanapun, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan AS Roma.

“Saya anggap peluang kedua-dua pasukan seimbang tetapi saya percaya tiada yang mustahil sekiranya semua pemain memberi tumpuan penuh untuk memenangi trofi ni,” katanya.

Sementara itu, Solksjaer me­ngakui, aksi disiplin sdipamerkan para pemainnya adalah kunci kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir menerusi jaringan Edinson Cavani dan gol sendiri pemain pertahanan Granada, Jesus Vallejo.

“Kami menang aksi pertama 2-0 minggu lalu tetapi ia bukan tugas mudah untuk mengekalkan momentum yang sama kerana Granada juga merupakan sebuah pasukan berkualiti.

“Namun, pemain-pemain saya berjaya membuktikan rentak cemerlang dan mengekalkan corak permainan disiplin untuk me­langkah ke pentas separuh ­akhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI