fbpx

Serina terlibat kartel dadah? Cukuplah sebar fitnah – Cef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CEF Wan dan anaknya, Serina.

PETALING JAYA – Cef selebriti terkenal Datuk Cef Wan mendedahkan bahawa dia telah beberapa kali menerima berita palsu berkaitan Serina termasuk dakwaan tentang penglibatan anaknya dengan dadah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Cef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail turut memuat naik laporan polis yang dibuat Serina selepas difitnah terlibat dengan aktiviti jenayah.

“Seminggu ini saya terima macam-macam berita palsu berunsur fitnah, kononnya Rina (Serina) terlibat dengan kumpulan kartel dadah, siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.

“Sejujurnya saya menerimanya (berita palsu) lebih daripada sebulan lalu daripada individu tidak dikenali. Kononnya individu itu polis, tapi nak saya rahsiakan nombor telefonnya daripada Rina. Jadi dia (Serina) terus buat laporan polis,” ujar Cef Wan.

LAPORAN polis yang dibuat Serina berhubung dakwaan fitnah mengatakan dia terlibat dengan kartel dadah.

Ujarnya lagi, jika benar dakwaan mengatakan Serina terlibat dengan kegiatan jenayah, sudah pasti berita tentang aktiviti anaknya itu keluar di dada-dada akhbar.

“Jika betul, dah lama berita ini keluar dalam surat khabar. Sampah (berita palsu),” ujarnya.

Dalam pada itu, Cef Wan memberitahu bahawa Serina sebenarnya tahu individu yang menjadi dalang penyebaran fitnah ke atasnya dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Malah, dia turut menggesa supaya berhenti daripada menghantar bahan-bahan fitnah kepadanya selepas laporan polis dibuat.

“Saya harap (dengan laporan polis) boleh tutup mulut mereka dengan kebodohan menyebarkan berita palsu menggunakan foto lama yang diambil dalam media sosial.

“Sangat menakjubkan bila mereka ada masa untuk buat benda-benda bodoh seperti ini dan menyebarkan fitnah dengan perkara mengarut ini. Cukup-cukuplah menambahkan dosa bulan Ramadan ini,” kata Cef Wan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI