fbpx

Puasa bantu kita diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan nutrien seimbang penting, lebih-lebih lagi bagi yang berpuasa. - Gambar hiasan
SYED MOHD. HAZIQUE SYED NOR
WARTAWAN EKSEKUTIF

Kesihatan adalah harta pa­ling ternilai yang kita dimiliki, semakin meningkat usia semakin banyak penyakit berisiko untuk dihidapi jika kita tidak menjaga kesihatan.

Penjagaan kesihatan bukan sahaja melakukan senaman diluar rumah tetapi orang ramai boleh memulakan dengan penjagaan pemakanan.

Sebagai seorang penggemar makanan, memang sukar untuk ditepis godaan-godaan kepelbagaian makanan di negara kita.

Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, bulan Ramadan adalah satu titik permulaan terbaik untuk mengamalkan pengambilan pemakanan seperti piramid pemakanan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), suku-suku separuh.

Pegawai Dietetik & Pemakanan Hospital, Farah Farhanah Hashim berkata, kita perlu seimbangankan pengambilan pemakanan.

Katanya, kurangkan mengambil makanan manis dan lebihkan sayur serta buah-buahan.

“Tidak kisah sayur jenis apa tetapi makanlah sayur-sayuran di setiap pengambilan makanan semasa berbuka puasa jikalau boleh.

“Nutrisi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan selain pengambilan karbohidrat yang berlebihan daripada nasi putih itu sendiri,” katanya kepada ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Jelasnya, kepentingan pengambilan nutrisi yang betul untuk badan mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

“Sepanjang berpuasa, kita akan menahan lapar dan dahaga untuk 13 jam seharian, kepenti­ngan mengambil nutrisi yang be­tul dan air mampu membekalkan tenaga sepanjang hari.

“Kadar pengambilan nutrisi berbeza mengikut umur serta pekerjaan yang dilakukan, seeloknya jika semasa sahur mengambil makanan nasi go­reng, telur mata bersama kurma serta 3 jenis sayur, cukup untuk menampung bekalan tenaga sepanjang hari,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pengambilan air lapan gelas sehari mampu menjamin seseorang itu untuk tidak berasa dahaga sepanjang berpuasa.

Sementara itu, Pakar pemakanan, Prof. Emeritus Dr. Aminah Abdullah berkata, pengambilan air dan nutrisi daripada buah-buahan serta sayur-sayuran mampu membekalkan tenaga sepanjang hari di bulan Ramadan ini.

“Kita tidak perlu mengikut nafsu untuk makan dan minum banyak-banyak sehingga termuntah, ianya tidak menjamin kita akan ada tenaga sepanjang hari, tetapi risiko menghidapi penya­kit kronik lebih tinggi.

“Orang kita, memang tak boleh tidak mengambil nasi, tetapi, jika mengikut sukatan seperti disarankan KKM dengan mengambil suku nasi, suku lauk dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan sudah mencukupi,” ujarnya.

Katanya, Ramadan merupakan waktu untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Kita sering lupa bahawa penjagaan kesihatan bukan hanya bersenam, tetapi juga daripada segi pemakanan.

“Ramai bersenam tetapi tidak ramai yang menjaga keseimba­ngan pemakanan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, selain menjaga kesihatan, ianya juga mampu menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI