Belum pun seminggu Ramadan, lagu raya sudah viral.
Itulah penangan lagu raya terbaharu nyanyian Iman Troye bertajuk Pejam Celik Hari Raya.
Biarpun baru dilancarkan pada 9 April lalu dalam YouTube, muzik video rasmi lagu berkenaan sudah mendapat lebih 900,000 tontonan dengan lebih 50,000 tanda suka.
Lebih hebat, koreografi tarian lagu ciptaan Ezra Kong dan A. Ramlee itu juga sudah menjadi ikutan netizen sehingga sohor kini dalam aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat lagu tersebut hanya ‘menjual’ tarian dan dan tidak menggambarkan suasana hari raya.