fbpx

Kim Jung-hyun minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JUNG-HYUN

SELEPAS kontroversi kononnya dikawal penuh oleh aktres Seo Ye-ji yang sewaktu penggambaran drama Time sekitar 2018, aktor Kim Jung-hyun akhirnya tampil membuat satu permohonan maaf.

“Drama Time merupakan projek lakonan pertama saya sebagai watak utama, sekali gus menjadi sebuah projek yang bermakna buat saya.

“Tetapi saya membawa kekesalan dan luka buat pengarah, penulis skrip, rakan pelakon dan juga kru produksi. Saya memohon maaf atas apa yang berlaku,” tulisnya menggunakan tulisan tangan.

Pada masa sama, Jung-hyun turut mendedahkan dia memang terbawa-bawa dengan perasaan berikutan masalah peribadi yang dialami.

Dia menganggap dirinya gagal memenuhi tanggung jawab sebagai pelakon utama dalam drama berkenaan.

“Saya tidak mahu alasan. Keputusan saya mengundur diri daripada drama itu dan mempamerkan kelakuan tidak berhemah pada sidang media memang satu kesilapan besar,” katanya lagi.

Berazam tidak mengulangi kesilapannya, Jung-hyun berharap akan diberi kepercayaan dan peluang pada masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI