fbpx

Kastam sita 131,484 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEGAMAT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berjaya merampas 131,484 batang rokok seludup pelbagai jenama dalam serbuan di Tenang, di sini Sabtu minggu lalu.

Pengarah JKDM Negeri Johor, Sazali Mohamad, rampasan itu dilakukan kira-kira pukul 11 pagi oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Sungai Pulai JKDM.

“Rokok putih dan kretek yang dipercayai diseludup itu disembunyikan di dalam premis yang diserbu.

“Kita juga menemui rokok yang disorok di dalam dua kenderaan yang disita iaitu sebuah kereta sedan dan sebuah pacuan empat roda.

“Hasil pemeriksaan terperinci ke atas premis dan kenderaan tersebut mendapati terdapat 131,484 batang rokok putih dan rokok kretek dengan nilai keseluruhan dagangan yang disita termasuk cukai dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM233,028.40,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Sazali, seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 42 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI