fbpx

Jakim serah kepada PDRM, MCMC siasat iklan judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz menyerahkan sumbangan kepada penghantar makanan di hadapan pintu utama Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini. - Foto Subkhi Sudarji

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya  Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyiasat video promosi judi dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul  Aziz  Jusoh berkata, perbuatan itu diharamkan dalam Islam dan  semua  pihak  yang  terbabit  dalam  video  itu  perlu  kembali  ke  pangkal  jalan dengan bertaubat lebih-lebih sempena  bulan  Ramadan yang  mulia ini.

“Produser, pelakon dan semua yang terlibat dalam iklan berkenaan perlu bertaubat kerana  sebagai  manusia  kita  tidak  lepas  daripada melakukan sebarang kesilapan.

“Rezeki adalah  pemberian  daripada Allah  SWT dan keberkatan (rezeki) adalah yang  diharapkan bukannya  jumlah  yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penghantar makanan di  Masjid Tuanku Mizan  Zainal  Abidin di sini hari  ini.

Dalam program itu, seramai 50  penghantar  makanan menerima sumbangan makanan  berbuka  puasa  sempena  Program  Kembara Al-Amin  Ramadan 1442H yang  dilancarkan  baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul  Aziz berkata, program sumbangan menyantuni golongan penghantar makanan di  sekitar  Putrajaya akan diadakan menerusi empat  siri  sepanjang Ramadan  ini.

Katanya lagi, peserta yang  menerima  sumbangan  terdiri  daripada golongan  B40 selain  diperluaskan  kepada  petugas  barisan  hadapan, Orang Asli dan  gelandangan.

“Program  seumpama  ini  bertujuan   membantu  kerajaan  dalam  merealisasikan  budaya  prihatin  dalam  kalangan  rakyat Malaysia.

“Jakim berharap  ia dapat  mewujudkan  masyarakat  yang  cakna  dan  prihatin  kepada  golongan  yang  memerlukan  di bulan  Ramdan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI