fbpx

Jaga perlakuan di atas padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak gemar menjadikan pemain bola sepak sebagai idola mereka. - Gambar hiasan

DUA minggu lalu, penulis dan seorang rakan sekerja berpeluang menikmati makan malam di Medan Selera Jalan 223, Petaling Jaya dalam keramaian manusia memenuhi segenap meja dan kerusi di ruang niaga.

Untuk dijadikan cerita, rakan penulis fokus pada skrin telefon pintarnya meskipun sebelah tangannya memegang sudu sambil menghirup sup ayam, namun matanya tetap pada skrin telefon.

Penulis faham kerana pada masa itu rakan penulis sedang menyaksikan perlawanan Liga Malaysia (Liga M) antara Kedah menentang Terengganu, maklumlah dia penyokong tegar pasukan dari sebelah utara negara.

Bagaimanapun, penulis perasan ada sepasang mata turut mengintai-intai melihat perlawanan Liga M tersebut di sebalik skrin kerdil telefon pintar rakan penulis. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak remaja lingkungan usia 9 hingga 12 tahun yang gigih membulatkan mata untuk menumpang menyaksikan aksi Liga M pada skrin telefon milik rakan tadi.

Penulis memanggilnya datang dekat lalu diangkatnya kerusi untuk duduk di sebelah rakan penulis. Terpancar keriangan pada wajah kanak-kanak tersebut kerana sebelum itu dia mengajak abangnya menyaksikan aksi tersebut di satu kedai, namun tidak kesampaian.

“Adik sokong pasukan mana?” tanya ringkas penulis sambil dijawab kanak-kanak itu, “sokong pasukan Kedah!” katanya dengan bersemangat. Penulis soal lagi, “tapi adik tinggal di Selangor, kenapa nak sokong Kedah? Jawapan kanak-kanak itu mudah, “sebab bapa asal
Kedah, jadi memang sudah lama sokong Kedah!

Penulis enggan mengganggu keseronokan kanak-kanak itu dengan pertanyaan kerana kelihatan dia sudah kaku dengan skrin yang memaparkan aksi Liga M tersebut, namun tiba-tiba mata kanak-kanak itu terkebil-kebil sambil melihat kepada penulis dan rakan penulis.

Ada aksi kurang menyeronokkan, berlaku kekasaran dan tolak-menolak sesama pemain sambil mengerumuni pengadil perlawanan dan bagaikan ada yang tidak berpuas hati gamaknya.

Tidak dinafikan, setiap perlawanan akan berlaku perkara seumpama itu tetapi para pemain turut diingatkan supaya jaga perlakuan di atas padang kerana kanak-kanak turut menyaksikan perlawanan berkenaan itu. Ia bukan hanya mengenai sukan bola sepak, pemain, kad merah, pengadil atau sebagainya, namun ia tontonan dan teladan kepada generasi muda.

Ini kerana, ramai kanak-kanak yang sedang membesar pastinya menyimpan impian untuk menjadi seorang pemain bola sepak apabila dewasa kelak dan tidak mustahil mereka sudah mempunyai pemain-pemain yang menjadi idola masing-masing.

Apa akan jadi kepada pemikiran mahupun momen kanak-kanak tersebut jika idola mereka tidak menjaga tingkah laku di atas padang.

Isu ini bukan merujuk kepada aksi Kedah dan Terengganu sahaja, namun mengambil situasi secara keseluruhan. Memang benar, ia bukan sesuatu yang perlu dinyatakan secara terang-terangan tetapi pemain bola sepak adalah model teladan dalam masyarakat sama ada mereka suka atau tidak. Jadi jaga perlakuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI