fbpx

Individu terlibat iklan judi segera bertaubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video iklan berkenaan yang mempromosikan judi secara dalam talian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menyeru semua individu yang terlibat dengan penyiaran klip iklan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian agar segera bertaubat.

Beliau berkata, mereka diseru memohon keampunan daripada Allah S.W.T dan tidak mengulangi perbuatan tersebut.

“Matlamat untuk memperoleh kekayaan sama sekali tidak menghalalkan jalan-jalan seperti perjudian.

“Tambahan pula, larangan umat Islam di Malaysia daripada terlibat dengan aktiviti perjudian ini telah diwartakan dalam Seksyen 18, Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Luqman berkata, beliau mahu umat Islam di negara ini segera menghindari sebarang  perlakuan yang boleh mendatangkan fitnah kepada diri sendiri, masyarakat dan agama.

“Hal ini demikian kerana, Allah S.W.T telah berfirman di dalam al-Quran pada ayat 90 dalam surah al-Baqarah, bahawa aktiviti-aktiviti seperti berjudi, bertaruh nasib, meminum arak dan memuja berhala merupakan antara bentuk perbuatan syaitan yang wajib dijauhi,” katanya.

Pada masa sama, Luqman mengingatkan kepada semua pihak di negara ini agar sentiasa menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI