fbpx

Iklan raya promosi judi kedua pula tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kedua iklan Hari Raya yang mempromosikan judi atas talian.

PETALING JAYA – Selepas polis memberkas lapan individu yang terlibat dengan iklan lagu raya mempromosikan judi, muncul satu lagi klip video sama tetapi disyaki melibatkan syarikat pertaruhan dan pelakon lain.

Berdasarkan klip video yang menggunakan tagline Hari Raya Berkaya dan berdurasi 18 saat itu, ternyata pihak pengeluar mahu mempromosikan laman web berunsurkan judi dengan menjadikan tema sambutan hari raya sebagai fokus utama.

Jika klip video sebelum ini memaparkan jalan cerita seorang pemuda tiada duit untuk pulang beraya, video kedua ini pula lebih kurang sama cuma apabila melibatkan pasangan suami isteri yang tiada duit ditambah pula motosikal mereka dicuri.

Rata-rata netizen mengutuk keras penghasilan video klip tersebut menghina agama dan mempromosikan judi yang diharamkan oleh Islam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI