fbpx

Berbuka puasa dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauzi Kassim bersama anak-anaknya membuang air yang memasuki rumahnya akibat banjir berikutan hujan lebat selama lebih dua jam di Kampung Pasir, Tampoi, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Beberapa penduduk di Kampung Pasir, Tampoi di sini terpaksa berbuka dalam keadaan banjir berikutan berikutan rumah mereka ditenggelami air.

Hujan lebat selama dua jam bermula kira-kira pukul 2 petang itu mengakibatkan banyak rumah dimasuki air sedalam kira-kira 1.3 meter.

Seorang penduduk, Fauzi Kassim, 45, berkata, dia bersama isteri dan anak-anaknya terpaksa membuang air yang memasuki rumahnya.

“Air cepat naik, hujan lebat dengan air pasang sekali.

“Ini merupakan kali kedua pada tahun ini banjir melanda kampung ini setelah berlaku pada awal Januari lalu,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fauzi berkata, banjir kali ini tidak seteruknya yang berlaku pada awal Januari.

Terdahulu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin bergegas ketempat kejadian bagi memantau situasi banjir.

Banjir mula surut kira-kira pukul 7 malam, bagaimanapun penduduk terpaksa berbuka puasa dalam keadaan rumah yang masih dipenuhi air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI