fbpx

APMM rampas 28 set bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APMM Zon Maritim Kuala Kedah merampas bubu naga di perairan Kuala Kuar awal pagi ini.

ALOR SETAR – Sebanyak 28 set bubu naga dirampas Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah pada jarak kira-kira 1.0 batu nautika di perairan Kuala Kuar, Kuala Kedah di sini hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak memberitahu, rampasan itu dilakukan susulan aduan orang awam mengenai aktiviti dan penggunaan bubu naga yang aktif di perairan negeri ini.

“Berikutan itu, rondaan rutin  mengesan aktiviti ini melalui penemuan pancang penanda yang dipasang bubu naga berukuran kira-kira 10 meter panjang di beberapa lokasi berbeza sepanjang perairan Kuala Kuar sekitar pukul 1 pagi hari ini.

“Kesemua bubu tersebut yang dianggarkan bernilai RM3,360 dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Kata beliau, nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang diperuntukkan mengikut akta tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI