fbpx

Aku Tanpa CintaMu 2021 sebuah reunion epik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL TAHIR kembali bersama Mirwana menerusi Aku Tanpa Cintamu 2021.

TUJUH belas tahun selepas meluncurkan karya paling popular mereka, Aku Tanpa CintaMu (duet bersama Jay Jay), kumpulan nasyid kontemporari yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu, Mirwana kembali merakamkan hits tersebut.

Antem ‘klasik’ berkenaan dinamakan Aku Tanpa CintaMu 2021. Secara peribadi, adakah penulis jatuh cinta terhadap rakaman semula tersebut? Jawapannya tidak! Namun, apa yang paling disukai, penulis sebenarnya gilakan ‘reunion’ ini. Sungguh bernostalgia.

Sewaktu lagu berkenaan menjadi siulan ramai, penulis sebenarnya baru darjah enam!

Kualiti atau apa sahaja yang dalam edisi 2021 tidak boleh dibandingkan dengan versi asal kerana yang lama memang sudah tersergam indah dalam arkib muzik.

Apa yang membuatkan penulis kagum ialah usaha Faizal Tahir dan Mirwana memberi pengetahuan kepada pengkarya zaman sekarang betapa karya muzik terdahulu sangat menitikberatkan perihal mesej kepada pendengar.

Olahan muzik

Olahan semula susunan muzik dalam Aku Tanpa CintaMu 2021 sebenarnya sangat kemas, sekali gus memberikan ‘nafas segar’ terhadap lagu itu sendiri.

Jika versi terdahulu membawa naratif tentang anak derhaka kepada orang tua mereka, versi kali ini pula terbalik apabila orang tua pula digambarkan ‘derhaka’ kepada anak-anak mereka.

Dua versi penyesalan tersebut jelas mencerminkan bahawa setiap ahli masyarakat tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.

Akhirnya, lagu ini membawa pendengar untuk muhasabah diri dan menyedari fitrah seorang hamba.

Reunion

FAIZAL TAHIR (paling depan) sewaktu bersama Mirwana, 17 tahun lalu.

Penulis sebenarnya seronok melihat anggota Mirwana mengetepikan nafsi masing-masing untuk kembali menyatu dalam karya berkenaan. Jika dahulu semuanya muda remaja, sekarang sudah menjadi ‘bapak-bapak’ orang gayanya.

Vokal? Masih power! Namun secara peribadi, kehebatan dendangan lagu berkenaan akan lebih power jika penyanyi Jay Jay turut membuat penampilan. Notasi tinggi dan nyaring dalam satu bahagian lagu itu tiada dalam versi ini dan penulis yakin, hanya Jay Jay boleh membelasah notasi sedemikian.

Barangkali, sebab itulah versi kali ini lagi pendek berbanding versi asal bersama Jay Jay. Apapun, terima kasih Mirwana untuk perkongsian penuh nostalgia ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI