fbpx

Adam masih ada misi belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM nekad untuk memburu kedudukan podium pada saingan CEV di Jerez, Sepanyol hujung minggu ini.

PELUMBA berbakat negara, Adam Norrodin mengakui semangatnya membara untuk memburu podium menjelang Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 Sepanyol yang membuka tirai 25 April ini selepas menjalani latihan selama sebulan di Eropah.

Adam yang kekal beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team tahun ini meletakkan sasaran penamat ketiga keseluruhan dan mahu memburu podium sebanyak mungkin.

Adam perlu mempamerkan aksi terbaiknya untuk memikat hati prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali untuk membawa­nya semula ke pentas MotoGP.

Razlan sebelum ini berjanji dua pelumba negara berpeluang mengisi slot pada MotoGP jika merekodkan keputusan cemerlang pada CEV Eropah 2021.

“Segala latihan saya di Sepanyol berjalan lancar dan saya akui tidak sabar memulakan perlumbaan. Minggu ini merupakan persiapan terakhir saya dengan pasukan sebelum bermulanya misi untuk memburu podium.

“Seperti dikatakan sebelum ini, sasaran saya adalah mahu berada di tempat ketiga terbaik dan mahu meraih podium sebanyak mungkin. Kalau boleh saya mahu memberi tentangan kelompok hadapan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada tahun pertamanya pada saingan CEV Moto2, Adam menamatkan kempen 2019 di tempat ke-15 ke­seluruhan de­ngan 35 mata. Tahun lalu, Adam pamer peningkatan apabila mengumpul 79 mata untuk berada di tangga ketujuh keseluruhan.

Ditanya me­ngenai cabaran ­beraksi ketika bulan ramadan, Adam mengakui ia sama sekali tidak menjadi penghalang buatnya menjalani latihan di bumi Eropah.

“Saya puasa di sini lebih 15 jam dan bagi saya tiada masalah. Saya sudah biasa malah turut menjalani latihan seperti biasa. Sewaktu beraksi dalam saingan MotoGP, saya pernah me­ngalami ke-a­daan se­perti ini dan saya tidak kekok untuk menjalani ibadah puasa di Sepanyol,” ujar Adam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI