PETALING JAYA- Enam lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan bermula esok sehingga 1 Mei depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kawasan PKPD itu melibatkan Kampung Tengah, Betong, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Machang Kelantan.
“Selain itu, ia turut melibatkan kawasan di Taman Mesra Bako, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Kota Kinabalu, Sabah.
“PKPD juga akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah meliputi Kampung Bikang, Kampung Kadumu dan Taman Khazanah Indah,” katanya di sini tadi.
Katanya, tiga taman perumahan di daerah Tawau, Sabah juga dikenakan PKPd susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.
“Ia melibatkan Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley,”
Sementara itu, kerajaan turut bersetuju menamatkan tiga PKPD melibatkan Kampung Pagalungan Ansip dan daerah Keningau, Sabah.
“Penamatan PKPD turut melibatkan Kampung Kalindukan, Nabawan, Sabah serta lima kawasan di daerah Pekan, Pahang,” jelasnya.
Katanya, kerajaan turut menamatkan PKP di daerah Keningau, Sabah esok seperti dijadualkan. -K! ONLINE