fbpx

Tiga lokaliti di tiga negeri dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di tiga negeri iaitu Sabah, Kelantan dan Pahang.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang akan dikenakan PKPD adalah di Taman Tawau Lama dan Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah; Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas di Kota Bharu, Kelantan dan Institut Aminuddin Baki dan kuarters kakitangan Sri Layang di Bentong, Pahang.

“Sebanyak sembilan ujian saringan telah dilakukan di Taman Tawau Lama dan daripada jumlah itu lima kes positif telah dikenalpasti manakala lapan kes positif pula dikesan di Kampung Batu Payung.

“Di Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman pula, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan sebanyak 31 kes positif daripada 56 ujian saringan yang telah dilakukan dan disahkan juga telah berlakunya penularan jangkitan Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak 15 kes positif telah direkodkan di Institut Aminuddin Baki serta kuarters kakitangan dan disahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh seminggu.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti yang telah dinyatakan itu bermula 17 sehingga 30 April depan.

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti dinyatakan dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” ujar beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI