fbpx

Tanah runtuh timbus 20 buah kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yussman menunjukkan kejadian tanah runtuh yang menimbus beberapa buah kubur di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, Lembah Pantai, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 buah kubur rosak selepas tertimbus akibat tanah runtuh yang berlaku ketika hujan lebat dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, Kuala Lumpur Selasa lalu.

Kejadian itu disedari pada pukul 7.30 pagi kelmarin dan turut melibatkan 10 buah kubur lagi mengalami kerosakan kecil akibat ditimbus tanah.

Tinjauan Kosmo! mendapati, kawasan kubur itu telah ditutup dengan kain kanvas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kerja-kerja membaik pulih.

Saksi kejadian, Yussman Nordin, 47, berkata, dia terkejut apabila mendapati kubur di kawasan itu rosak akibat ditimbus tanah runtuh ketika datang untuk me­lakukan kerja-kerja pembersihan Selasa lalu.

“Saya terus merakam dan mengambil gambar di kawasan sekitar dan memaklumkannya kepada pihak pengurusan untuk diberi bantuan.

“Kejadian itu tidak melibatkan jenazah-jenazah yang berada di bawah kubur seperti yang didakwa. Ia hanya melibatkan batu nisan dan struktur kubur yang rosak akibat ditimpa tanah,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, ketua penggali kubur, Ishak Hamilan, 56, berkata, sebelum ini terdapat satu video yang tular di laman sosial Facebook mengenai keja­dian yang berlaku terhadap tanah perkuburan tersebut.

Dia menjelaskan video yang tular itu secara tidak langsung menarik banyak pihak untuk datang memberikan bantuan.

“Video tular itu memang ba­nyak membantu meringankan beban kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI