fbpx

Spurs sedia bangkit pulih maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kiri) berjaya meledak satu gol buat Spurs walaupun akhirnya tewas kepada United pada aksi EPL baru-baru ini. – AFP

LONDON – Bintang sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-min mahu semua pemain bertanggungjawab memulihkan kempen mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mahu beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Sebagai rekod, skuad bim­bingan Jose Mourinho itu beraksi hambar dalam kempen EPL musim ini apabila hanya mampu menduduki tempat ketujuh de­ngan mengutip 49 mata selepas 31 perlawanan.

Justeru, Heung-min menuntut rakan-rakan sepasukannya untuk kembali berada pada landasan kemenangan apabila bertemu Everton di Stadium Goodison Park awal pagi esok.

Kemenangan itu semestinya dapat meningkatkan motivasi mereka sebelum mengharungi aksi final Piala Liga England pada 25 April depan.

“Kami telah mengharungi keputusan yang buruk pada beberapa perlawanan lalu. Saya mahu semua pemain mengambil tanggungjawab ini dan memulih­kan musim pasukan dengan menamatkan kempen penuh cemerlang.

“Antara misi utama perlu dilakukan sudah tentu memburu slot ke pentas Liga Juara-Juara kerana peluang itu masih lagi terbuka. Apa yang penting, kami perlu serius memburu kemenangan apabila bertemu Everton nanti.

“Kemudian, tumpuan boleh diteruskan untuk mengharungi final Piala Liga England yang akan berlangsung minggu depan menentang Manchester City. Jika dua misi ini tercapai, kami boleh katakan saingan musim ini ­berakhir dengan penuh gemilang” katanya.

Penyerang prolifik Korea Selatan itu mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri bersama Spurs musim ini apabila menja­ringan 14 gol dalam saingan EPL termasuk satu jaringan ketika pasukannya tewas 1-3 kepada Manchester United minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI