fbpx

PKP Kelantan: Perlu mohon surat rentas daerah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kiri) bersama anggota polis melakukan pemeriksaan kereta di sekatan jalan raya di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu sempena hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan melayan pengguna jalan raya yang menunjukkan surat kebenaran rentas daerah yang lama di sekatan jalan raya (SJR) bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ini kerana, tujuh daripada 10 jajahan di Kelantan sudah dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 29 April depan.

Katanya, sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar memohon surat baharu bagi tujuan merentas daerah kerana ada segelintir pengguna jalan raya yang menggunakan surat yang lama iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kita tidak mahu pengguna jalan raya mengambil kesempatan dengan mengguna surat yang lama ketika mereka merentas daerah.

“Bagaimanapun, kita benarkan individu yang bergerak di atas jalan raya atas urusan perniagaan kerana ia menjana ekonomi negeri tetapi kompaun tetap akan dikeluarkan kepada mereka yang masih berdegil dan tiada surat untuk merentas daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Bersahur Bersama Barisan Hadapan di sekatan jalan raya (SJR) di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI