fbpx

Permohonan kebenaran rentas negeri lebih ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan terbaharu yang lebih ketat berkaitan permohonan kebenaran merentas negeri yang berkuat kuasa semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan terbaharu itu dikeluarkan ekoran situasi Covid-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kes.

“Berkenaan permohonan, ia dipertimbangkan bergantung kepada alasan munasabah yang dikemukakan oleh pemohon dan akan diteliti dengan lebih ketat.

“Setakat ini, permohonan yang dipertimbangkan tertakluk kepada tiga situasi iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat bagaimanapun ia memerlukan dokumen sokongan, kematian serta pasangan suami isteri yang berjauhan,” katanya hari ini.

Jelas beliau langkah yang dilakukan pihak polis ini juga dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas hati orang ramai berhubung tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri untuk tujuan lain.

Ujar beliau, arahan tersebut sudah dikeluarkan kepada semua ketua-ketua polis negeri di seluruh negara.

Tangkap layar gambar arahan yang tular di media sosial berkenaan permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan.

Terdahulu, tular di media sosial gambar notis dipercayai dikeluarkan Balai Polis Bandar Presint 7, Putrajaya berdasarkan cop serta tandatangan Ketua Balainya, Asisten Superintendan Azman Johari Rakhibi.

Melalui notis itu, permohonan kebenaran rentas negeri diperketatkan dan tertakluk kepada tiga situasi sahaja iaitu kecemasan membabitkan ahli keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI