fbpx

PBT pantau pengunjung bazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

LENGGONG – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta mencari pendekatan kreatif bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu di bazar Ramadan terus dipatuhi.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, tahap pematuhan pengunjung di bazar Ramadan dilihat masih tidak memuaskan berikutan mereka lalai tentang SOP selain memakai pelitup muka iaitu penjarakan fizikal dan cecair pembasmi kuman.

Katanya, bagi memastikan tiga SOP utama itu kekal dipatuhi, PBT boleh menempatkan penguat kuasa di bazar-bazar Ramadan di bawah kelolaan mereka.

“Semasa berkunjung, memang mereka pakai pelitup muka sebab ia wajib tetapi penjarakan fizikal itu tidak dijaga. Jarang kita lihat mereka bawa cecair pembasmi kuman.

“Pakai pelitup muka saja tidak mencukupi kerana bila bersentuhan, kemungkinan untuk dapat jangkitan itu ada. Sebab itu kita minta mereka patuh ketiga-tiga SOP itu,” katanya selepas pelancaran Program Seronok Beraya peringkat negeri 2021 di Dewan Kompleks Komuniti Desa Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Lenggong di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI