fbpx

Nissan Navara versi dipertingkatkan dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan bersama Nissan Navara varian VL di sini hari ini.

SHAH ALAM – Edaran Tan Chong Motor Sdn.Bhd. (ETCM) hari ini melancarkan enam varian Nissan Navara generasi kedua versi dipertingkatkan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, model baharu itu menggunakan enjin 2.5 liter turbo diesel dan dipadankan dengan transmisi tujuh kelajuan automatik.

Katanya, gabungan itu menghasilkan kuasa maksimum 190PS pada 3,600 rpm dan tork maksimum 450Nm pada 2,000rpm.

“Empat varian yang menggunakan transmisi automatik ialah Pro-4X, VL, V dan SE Auto,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis pelancaran di Nissan Glenmarie di sini hari ini.

Tambahnya, dua varian lain menggunakan transmisi manual enam kelajuan dengan enjin yang sama ialah SE Manual dan Single Cab Manual.

“Varian ini mempunyai kuasa maksimum 163PS pada 3,600 rpm dan tork maksimum 403Nm pada 2,000 rpm.

“Varian-varian baharu kecuali Single Cab dilengkapi suspensi belakang jenis Multilink dengan Dual Rate Coil Spring yang berfungsi mengurangkan pergerakan badan kenderaan,” tambahnya.

Jelasnya, ETCM menawarkan varian baharu itu pada harga bermula RM91,900 dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000 kilometer atau mana-mana tiba dahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI