fbpx

Minta suapan: Empat anggota MPPD direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada penjaja di sekitar Lukut dan Port Dickson tiba di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.

SEREMBAN – Empat anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada penjaja di sekitar Lukut dan Port Dickson.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman, Mas Azmimin Ahmad mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mas Azmimin membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan perintah reman terhadap keempat-empat individu itu bermula hari ini hingga 21 April depan.

Terdahulu, empat individu tersebut yang diiringi pegawai SPRM dan memakai baju lokap berwarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 10 pagi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI