fbpx

Kurang ajar! Mana iman dan akidah? – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Ashraf Muslim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap seluruh kru produksi yang terlibat dalam proses pembikinan sebuah video iklan judi online yang tular sejak semalam.

Bengang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melancarkan video tersebut pada bulan mulia, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

“Mohon ambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam video ini termasuk pemberi idea, klien, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan semua kru terlibat.

“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam kerana telah melanggar sensitiviti agama dan memalukan negara,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Menurut pemilik nama lengkap Muhd Ashraf Muslim, 40, dia juga menyifatkan video tersebut melampau kerana mengajak umat Islam melakukan perkara haram pada bulan Ramadan.

“Makin menjadi-jadi manusia sekarang, secara terang-terangan mengajak orang buat dosa pada bulan Ramadan.

“Video yang anda semua tonton itu telah merosakkan bulan suci ini. Kurang ajar siapa yang terlibat dalam pembikinan video judi ini. Mana iman dan akidah?,” katanya.

Tegas Ashraf, dia terpanggil bercakap memuat naik hantaran kali ini bukan untuk mempromosi perkara haram tersebut.

“Saya nak beritahu masyarakat bahawa inilah cara halus untuk merosakkan Islam. Video ini jahat dan salah!” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan mengapa beberapa individu yang terlibat tergamak berlakon dalam iklan tersebut.

“Aku tak tahulah yang berlakon dalam video ini sedar atau tidak apa yang dinyanyikan.

“Memang tak fikir panjang bila buat semua ini,  berani pula nak promosi perkara begini. Kalaulah kamu semua orang Islam, menjawablah dengan Allah SWT,” ujarnya lagu.

Hari ini, Kosmo! melaporkan tindakan sebuah syarikat perjudian online menyiarkan sebuah video iklan mempromosikan aktiviti tersebut dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri sehingga mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan netizen beragama Islam.

Iklan tersebut mengisahkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar menjadi promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang segera agar perayaan dapat disambut dengan lebih meriah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI