fbpx

Kemunculan semula 2NE1?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
2NE1

KUMPULAN popular 2NE1 dikhabarkan sah akan membuat kemunculan semula dalam industri tidak lama lagi.

Perkara tersebut didedahkan sendiri salah seorang anggotanya, Park Bom menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio baru-baru ini.

Menurutnya, semua anggota 2NE1 baru sahaja bertemu semula dan mereka sudah selesai merakamkan beberapa buah lagu di studio rakaman.

Pun begitu, kongsi penyanyi itu lagi, mereka masih belum ada tarikh khusus untuk meluncurkan lagu tersebut seterusnya mematikan penantian peminat yang merindui kehadiran 2NE1.

Kumpulan itu memulakan debut pada 2009 di bawah agensi YG Entertainment.

Tujuh tahun selepas itu, 2NE1 dibubarkan disebabkan beberapa faktor dalaman termasuk skandal dadah melibatkan salah seorang anggotanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI