fbpx

Kediaman penduduk rosak angkara serbuan tangkap Nicky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang pemilik kediaman menunjukkan keadaan pintu rumahnya yang rosak dalam serbuan, baru-baru ini.

PUCHONG – Kira-kira 10 pemilik kediaman di Trigon Residence Setiawalk di sini meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa telah merosakkan pintu kediaman mereka dalam operasi memberkas ahli perniagaan yang diburu, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee baru-baru ini.

Rata-rata pemilik rumah memaklumkan mereka tidak tinggal di situ, sebaliknya rumah berkenaan disewakan kepada individu lain.

Ketika serbuan yang didakwa selama dua iaitu pada 20 dan 21 Mac lalu, rata-rata penyewa tiada di rumah kerana keluar bekerja dan hanya menyedari pintu kediaman pecah dan rosak sebaik tiba di kediaman masing-masing.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/15/101160/

Difahamkan 17 kediaman telah terlibat dalam pemeriksaan, didapati pintu utama dan pintu bilik tidur mengalami kerosakan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM30,000.

Pemilik yang hanya mahu dikenali Wendy berkata, pihaknya kecewa apabila hanya dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan sehari selepas serbuan dilakukan pihak berkuasa.

“Sepatutnya mereka memaklumkan terlebih dahulu kepada kami atau penyewa agar sebarang kerosakan dapat dielakkan.

“Kami harap pihak polis dapat berikan penjelasan lanjut berkenaan perkara ini kepada semua pemilik kediaman yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Trigon Residence Setiawalk di sini hari ini.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/09/nicky-masih-dalam-negara-gambar-diedarkan-di-sempadan/

Seorang lagi pemilik kediaman, mahu dikenali Chan memberitahu, individu yang menyewa kediamannya hanya menyedari pintu belakang mengalami kerosakan sebaik tiba di kediaman itu sekitar pukul 10 malam pada 20 Mac.

“Tiga pintu bilik dan satu pintu dapur mengalami kerosakan yang teruk akibat diumpil.

“Saya harap pihak polis dapat memberikan penjelasan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) dalam membuat serbuan agar tiada kediaman penduduk yang rosak dan terjejas,” ujarnya.

Katanya, penduduk bukan mahu mencabar kuasa PDRM sebaliknya mahukan penjelasan agar perkara sama tidak berulang lagi kepada penduduk lain. – K! ONLINE

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/11/nicky-kian-tersepit/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI