fbpx

Jangan ambil undang-undang sendiri -Arjunaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan belakang badan kedua-dua pengawal peribadi tersebut selepas dipukul menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Batu Nilam Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Masyarakat dinasihatkan agar tidak mengambil undang-undang sendiri dan mengeruhkan keadaan berhubung dua pengawal peribadi dipukul majikannya kerana berpuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini ekoran pihaknya mengesan beberapa video klip yang dimuat naik daripada pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua pengawal peribadi tersebut.

“Turut terkesan, beberapa gesaan yang berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang.

“Kenyataan sebegini boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan polis mengesahkan bahawa seramai lima orang telah ditangkap melalui beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan dengan empat telah ditahan di Klang Selatan dekat sini sementara seorang lagi di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Kesemua suspek telah ditahan reman antara lima hingga tujuh hari.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI