fbpx

Guan Dee dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, jawatan tersebut disandang oleh Guan Dee selepas G. Kitingan meletak jawatan dan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi.

“Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI