fbpx

Ceroboh hotel, lelaki didenda RM50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah menceroboh sebuah hotel, seorang lelaki didenda RM50 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh Faizul Mohd. Aziz, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara sehari jika gagal membayar denda itu dan tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, Faizul didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah hotel di Damansara Perdana di sini pukul 8.20 pagi pada 15 April lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 22 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman tidak melebihi RM50.

Mengikut fakta kes, pada waktu dan tarikh kejadian, seorang pengadu yang juga penyelia tukang cuci hotel berkenaan, menerima panggilan daripada kakitangan lain, terdapat seorang pemuda berlegar di lobi hotel.

Ekoran itu tertuduh kemudiannya ditangkap oleh pengawal keselamatan hotel tersebut sebelum menghubungi pihak polis.

Hasil siasatan tertuduh mengaku masuk ke dalam hotel untuk minum minuman keras.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI