KLANG – Pasukan Gerakan Am ( PGA ) merampas arak seludup bernilai RM204,473.28 termasuk cukai dalam kejadian di Jalan Idaman 24, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu turut menahan seorang lelaki berusia 23 tahun.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, arak berkenaan dibawa menggunakan sebuah lori dipercayai untuk pengedaran di sekitar daerah ini.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap lori itu menemui 12,864 tin bersamaan 6,432 liter.
“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit dan lori berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan RM300,293.28.
“Tangkapan dan rampsan telah dibawa ke Balai Polis Pandamaran untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.- K!ONLINE