fbpx

15 termasuk dua wanita leka main mahjong diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 15 individu yang ditahan polis ketika sedang leka berjudi dalam sebuah premis di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor Bahru semalam.

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan seramai 15 individu berusia antara 30 hingga 78 tahun yang sedang leka berjudi dalam satu serbuan di sebuah premis rumah kedai di Taman Damai Jaya, Skudai semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggotanya pada pukul 9 malam.

Jelas beliau, penahanan itu melibatkan 11 lelaki dan dua wanita tempatan beserta dua lagi lelaki warganegara Singapura.

“Kesemua mereka yang ditahan yang berumur lingkungan 30 hingga 78 tahun dan tidak mempunyai kerja tetap.

“Ketika serbuan, mereka sedang duduk mengelilingi beberapa buah meja disyaki sedang leka bermain judi jenis ‘Mahjong’ di dalam premis tersebut.

“Antara yang ditahan termasuklah penganjur iaitu penyewa premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI