fbpx

Wanita dilamar kekasih dengan lima cincin berlian berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brittney menunjukkan lima cincin tunang yang diberikan oleh kekasihnya. - jamesdlove/ichillwillfixit/Instagram

ATLANTA, Georgia – Seorang lelaki dari Georgia, Amerika Syarikat (AS) menjadi tular apabila melamar kekasihnya dengan lima cincin pertunangan berlainan, lapor akhbar The Sun, semalam.

Will Hunn membuat kejutan itu selepas membawa teman wanitanya yang dikenali sebagai Brittney bersiar-siar di bandar raya itu dengan menaiki sebuah helikopter baru-baru ini.

Menurut Hunn, dia memberikan lima cincin berlainan buat Brittney supaya dia boleh memilih rekaan cincin mana yang berkenan di hati.

Britney hanya memilih satu daripada lima cincin yang diberi oleh Hunn walaupun dia dibenarkan menyimpan kesemuanya. – jamesdlove/ichillwillfixit/Instagram

“Dia adalah wanita istimewa dan layak mendapat yang terbaik dalam hidup jadi saya melamarnya menggunakan lima cincin berbeza rekaan serta potongan batu berlian.

“Saya beritahu dia boleh ambil kesemua lima cincin itu atau pilih satu sahaja yang paling disukainya,” kata Hunn.

Brittney membuat keputusan untuk memilih hanya satu daripada lima cincin yang ditayangkan kepadanya dan menerima lamaran Hunn.

Video lamaran mewah itu dikongsi di laman sosial mereka berdua dan sudah ditonton hampir 33,000 kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI