fbpx

Ucap hari jadi untuk diri sendiri, Zizan mohon cepat bertemu jodoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizan Razak.

PETALING JAYA – Bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke-36 hari ini, pelakon dan pengacara Zizan Razak membuat kelainan dengan menitipkan ucapan khas untuk dirinya sendiri.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak turut mendoakan dirinya agar tidak berhenti membuat orang lain gembira.

“Assalamualaikum. Ucapan Happy Birthday (selamat ulang tahun) buatmu Mohd. Razizan Abdul Razak. Semoga terus berjaya dan berjaya.

“Jangan pernah berhenti buat orang tersenyum. Semoga Allah merahmatimu selalu dan sihat sentiasa murah rezeki dan dipanjangkan umur,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang filem Polis Evo itu turut mendoakan semoga dirinya segera dipertemukan dengan jodoh.

“Segala usahamu dipermudahkan jua jodoh dipercepatkan. Amin,” katanya.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut menitipkan ucapan dan doa agar segala impiannya dimakbulkan Allah.

Terdahulu, Zizan sering menjadi bualan netizen yang mana dia turut dilabelkan sebagai ‘penjaga jodoh’ orang lain dek kerana setiap wanita yang pernah rapat dengannya mendirikan rumah tangga bersama orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI