WASHINGTON – Tiga asteroid sebesar sebuah padang ragbi dan Menara Eiffel dijangka melintasi orbit Bumi minggu hadapan, demikian menurut sistem penjejakan asteroid Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas kebangsaan (NASA).
Saiz asteroid terbesar antara ketiga-tiganya adalah dianggarkan setinggi Menara Eiffel tetapi semuanya dijangka melewati Bumi pada jarak yang selamat dan lebih jauh daripada kedekatan jarak Bulan.
Ketiga-tiga asteroid ini berada di orbit mengelilingi Matahari dan ada kalanya akan melintasi planet bumi dengan jarak lebih dekat berbanding yang lain.
Ketiga-tiga asteroid tersebut diberi nama 2021 GJ3, 2016 QE45, dan 2021 FK3. Mereka disenaraikan di bawah mengikut urutan jangkaan masa untuk melintasi Bumi.
2021 GJ3 dijadualkan melewati Bumi pada 21 April pukul 2:26 pagi (waktu tempatan) pada jarak paling dekat dengan Bumi iaitu sejauh 1,475,768 kilometer (km). Ia memiliki diameter antara 46 meter dan 109 meter iaitu keluasan sama dengan padang bola NFL adalah panjang di anggaran atas.
QE45 2016 dijadualkan melewati Bumi pada 24 April pukul 1:48 pagi (waktu tempatan) dengan jarak sejauh 5,069,433 km. Ia memiliki diameter antara 119 meter dan 269 meter iaitu selebar tinggi Menara Eiffel.
2021 FK3 pula dijadualkan melewati Bumi pada 24 April pukul 5:45 petang (waktu tempatan) dengan jarak 6,045,249 km. Asteroid ketiga ini mempunyai diameter 118 meter dan 199 meter yang disamakan seperti lebar Jambatan Golden Gate, di San Francisco. – Agensi