fbpx

Perak perketat SOP bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kurang berpuas hati dengan tahap kepatuhan pengunjung terhadap prosedur operasi standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 di Bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diadakan di daerah Manjung dalam tempoh dua hari lalu.

Yang Dipertuanya, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, hasil pemantauan pihaknya di kedua-dua bazar itu pada kelmarin dan semalam mendapati masih ada unsur ketidak patuhan SOP oleh pengunjung.

“Hasil pemantauan di lapangan mendapati memang berlaku ketidak patuhan SOP dan kawalan kendiri di kalangan pengunjung juga dianggap agak lemah.

“Kita masih kurang berpuas hati dan meminta kerjasama orang ramai supaya mengambil peluang daripada kelonggaran diberikan kerajaan ini dengan mematuhi SOP ditetapkan sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu, kata Syamsul Hazeman, mulai hari ini MPM mengambil langkah lebih drastik dengan memperketat kaedah pematuhan SOP di semua bazar Ramadan dan Aidilfitri di daerah tersebut.

Tegasnya, pada masa sama, MPM meningkatkan pemantauan dan rondaan di semua bazar tersebut bagi memastikan orang ramai mematuhi sepenuhnya SOP ditetapkan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI