fbpx

Panduan tuntutan akibat vaksinasi akan diumum Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham menandatangani plak sebagai gimik pelancaran Buku Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic di KKM hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan garis panduan permohonan tuntutan waris mangsa kematian akibat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau sendiri akan menjelaskan mengenai perkara itu ekoran timbul kebimbangan kononnya tiada pampasan jika mangsa meninggal dunia.

“Insya-Allah, pada Isnin minggu depan saya akan mengumumkannya sendiri agar waris yang terlibat lebih tahu prosedur lengkap sekiranya berlaku insiden tidak diingini tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic: Perspective From The Field’ di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adham berkata, untuk mereka yang terkesan teruk akibat wabak Covid-19 termasuk kes kematian, ia di bawah peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Badan ini ada peruntukan khas yang disediakan oleh kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika punca pesakit disahkan maut disebabkan pandemik itu sendiri,” katanya.

Justeru, beliau meminta waris pesakit itu agar tampil berunding dengan pihak Nadma bagi mendapatkan penjelasan dan memohon pampasan selain melampirkan dokumen sokongan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI