fbpx

MFL seru penyokong terus patuhi SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI (barisan belakang dua dari kiri) bergambar bersama peserta dan penaja pada Majlis Pelancaran dan Undian eMFL Liga Super 2021 di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan menyeru semua pasukan serius dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar kebenaran kemasukan penyokong ke stadium tidak ditarik balik.

Katanya, pihaknya telah me­nerima banyak laporan daripada pemantau Majlis Keselamatan Negara (MKN) khususnya membabitkan penjarakan fizikal di tempat duduk penyokong yang tidak dipatuhi oleh penonton yang hadir ke stadium sejak awal bulan ini.

“Apabila isu ini ditimbulkan, MFL selaku badan pengendali liga yang akan dipertikaikan. Jadi kalau tiada juga perubahan pada minggu ini, MFL mungkin membuat keputusan untuk tidak membenarkan venue itu dimasuki penonton.

“Itu sahaja (hukuman) yang boleh dibuat MFL dan pemantauan lebih tegas khususnya pada perlawanan liga yang berlangsung ketika bulan Ramadan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran dan Undian eMFL Liga Super 2021 di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

Sebagai rekod, MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi lampu hijau buat saingan Liga M dilangsungkan dengan kehadiran penyokong serta kapasiti terhad bermula 2 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Ghani turut mengambil pendekatan untuk ‘tutup mulut’ apabila ditanya mengenai perkembangan terkini status presiden MFL selepas penyandangnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin bakal melepaskan jawatan itu pada Kong­res MFL Jun depan.

“Tunggu dulu kerana jawatan Presiden akan diputuskan oleh lembaga pengarah. Saya tidak tahu kerana saya cuma Ketua Pegawai Eksekutif yang menjalankan tugas seharian. Terpulanglah kepada ahli lembaga pe­ngarah untuk menentukannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI