fbpx

Mengaku tidak salah cedera teman wanita dengan tukul besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelayan restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas teman wanitanya dengan menggunakan sebatang tukul besi, bulan lepas.

Bagaimanapun, Mohd. Izham Hiffnie Mahadir, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang wanita berusia 41 tahun dengan menggunakan sebatang tukul besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah kedai di Taman Desa di sini pukul 8 malam pada 3 Mac lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd. Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamiN selain difahamkan tiada ahli keluarga tertuduh hadir ke mahkamah untuk menjaminnya.

Dalam prosiding itu, Mohd Izham Hiffnie tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 31 Mei ini untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI