PORT DICKSON – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menyumbang dana bagi disalurkan golongan memerlukan.
Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir berkata, dengan kerjasama lebih banyak pihak, lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan dapat dibantu.
“Jika ada mana-mana organisasi atau NGO mahu menyumbang kami amat mengalu-alukan. Sekiranya ada lebih ramai yang menyumbang dana lebih baik dan kami dapat menyalurkan bantuan kepada lebih ramai orang.
“Saya juga tidak kisah sama ada bukan Islam yang mahu menyumbang. Mungkin mereka melihat konsep sumbangan ini daripada sudut yang positif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf di Hotel Klana Beach Resort, di sini hari ini.
Seramai 52 anak yatim dan asnaf faripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin (Peyakin), Rembau dan Rumah Anak Ku Sayang Ar-Rayan, Seremban diraikan pada majlis tersebut.
Sementara itu, menurut Dzarudin, pada tahun ini, Hotel Klana Beach Resort Port Dickson tampil dengan bufet Ramadan bertemakan ‘Sajian Warisan’.
Ia menawarkan pelbagai juadah masakan negeri dan menyajikan lebih 70 jenis hidangan menerusi 10 buah gerai yang menggunakan nama-nama mukim dalam daerah Port Dickson. – K! ONLINE