PUTRAJAYA – Kes harian hari ini kembali melonjak pada angka melebihi 2,000 dengan 2,148 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kini mencecah 367,977 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 512 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 459 kes dan Kelantan sebanyak 221 kes.
“Seterusnya, Sabah (202 kes), Johor (182 kes), Kuala Lumpur (171 kes), Pulau Pinang (134 kes), Terengganu (57 kes), Melaka (53 kes), Perak (51 kes), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 34 kes) serta Kedah (26 kes).
“Negeri lain ialah Putrajaya (lapan kes), Labuan (tiga kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE