fbpx

A. Aida selebriti pertama terima vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A. Aida selamat menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech hari ini.

PETALING JAYA – Penerbit sensasi, Datuk A. Aida menjadi selebriti pertama negara menerima suntikan jenis Pfizer-BioNTech hari ini.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu dia menerima suntikan menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

“Alhamdulillah selesai suntikan pertama pagi tadi. Semuanya berjalan dengan lancar.

“Nak kata takut tu tidak, saya pasrah je apabila nama tersenarai sebagai penerima vaksin hari ini,” katanya yang menyifatkan ia satu tanggungjawab yang disaran kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19.

Terdahulu, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suami, Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin jenis Sinopharm buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Januari lalu.

Mereka menerima suntikan vaksin kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI