fbpx

Tunggu masa cekup tali barut Nicky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilionair dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee yang mengetuai Geng Nicky bergambar bersama sejumlah wang sebelum melarikan diri.

JOHOR BAHRU – Pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai bersekongkol dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky kini tidak boleh hidup tenang.

Ini berikutan, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan terus membuat tangkapan ke atas mereka tanpa perlu memang­gil untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, mereka terdiri daripada anggota dan pegawai pelbagai pangkat termasuk De­puti Superintendan dan Asisten Superintendan.

Sebelum ini, polis mendedahkan 34 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa dipercayai melindungi kegiatan Geng Nicky sejak 2014.

Ayob Khan

Menurut Ayob Khan, buat masa ini, senarai nama pegawai dan anggota itu tidak boleh didedahkan kerana mengganggu siasatan.

“Saya tidak akan dedahkan senarai nama tersebut.

“Saya sudah tekankan bahawa 34 individu itu akan dikenakan tindakan di bawah jenayah teran­cang. Saya tidak akan pang­gil mereka (rekod keterangan), kita akan terus tangkap,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Berita berkaitan: Nicky kian tersepit

Berita berkaitan: 16 ahli Geng Nicky didakwa hari ini

Berita berkaitan: Dua adik Nicky, 12 individu didakwa 

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai tali barut akan diberkas dalam tempoh terdekat dan siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegah Jenayah (POCA) 1959.

“Yang pastinya akan lebih ramai lagi akan ditangkap, tunggu dan lihat,” kata beliau.

Sebelum ini polis membongkarkan kegiatan jenayah terancang Geng Nicky dan menahan seramai 68 individu dalam 70 serbuan selama lapan hari sejak 20 Mac lalu menerusi Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang.

Polis turut mendedahkan seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa dipercayai bersekongkol dengan Geng Nicky termasuk membocorkan maklumat sehingga lelaki itu dapat meloloskan diri.

Kumpulan itu menawarkan wanita, kenderaan dan wang secara bulanan selain one-off kepada penguat kuasa bagi melin­dungi kegiatan haram tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI