fbpx

Zidane resah situasi semasa Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pemain Real melakukan persediaan terakhir sebelum bertemu Liverpool awal pagi esok. - REAL MADRID

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui, risau dengan situasi pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Anfield awal pagi esok.

Meskipun memiliki ke­lebihan 3-1, namun skuad Los Blancos ketika ini berdepan kesukaran kerana dibelenggu masalah kecederaan yang semakin meruncing.

Kata Zidane, beliau tidak tahu bagaimana untuk berdepan situasi itu selepas kehilangan tiga pemain utama iaitu Lucas Vazquez, Rap­hael Varane serta Sergio Ramos yang tidak boleh diturunkan akibat kecederaan dan Co­vid-19.

“Saya tahu kami sudah berehat sebelum ini, namun ia tidak mencukupi kerana telah beraksi dalam dua perlawanan yang cukup mencabar. Sebenarnya, kami memerlukan lebih banyak waktu rehat.

“Secara jujur, tahap fizikal kami sudah berada pada tahap kritikal kerana ramai pemain belum pulih sepenuhnya daripada kece­deraan dan ada yang tidak cergas,” kata Zidane.

Dalam perkembangan sama, legenda bola sepak Perancis itu juga sudah mula ‘pening kepala’ untuk mencari jalan terbaik agar dapat menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang berdasarkan situasi semasa pasukannya.

“Setiap pasukan pastinya sukar jika berada dalam situasi ini. Saya pun tidak pasti bagaimana kami mahu tamatkan saingan musim ini dengan pelbagai masalah dihadapi sekarang,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI